Happy New Year !


 stop sat!
beri laluan pada 2013 ..


aku pelik la ..
pasai pa depa celebrate bila masuk tahun baru?
best ka dapat jadi tua?
we're getting old !
getting old means,
we've to take more responsible than before.
do you love it?
do you like it?
then, kenapa celebrate?
I can't even laugh !


HELP ME !
I'm going to a new school !
new school, new surrounding,
new look, new style,
new friends and old friends.

hopefully, not a new me !
I want to be myself.
I'm afraid of myself actually.
sebab aku tahu, aku mudah terpengaruh.

InsyaAllah ..
dengan kekuatan yang ada,
aku akan cuba !
cuba untuk jadi nakal di sekolah baru !
hahaha !
nakal je, bukan buat hal pun ..
don't worry ..
I'll take care of myself ..
kepada sesiapa yang baca nie,
goodluck, keyy?
goodluck for this 2013 !
do your best !

assalamualaikum !


me? Form1?!


 assalamualaikum!
dude... know what?
aunty tu ingatkan aku nie baru nk masuk Form1..
ish ish ish..
pagi tadi, aku pergi SEMUHSIN..


kereta mama masuk ke perkarangan sekolah tu,
aku dah rasa something wrong.
aku rasa macam salah!
salah apa pon aku xtau.
tapi salah lah!
hmm..

aku teringat waktu aku setuju utk pindah dlu..
bila dah pindah, aku rasa menyesal!
tapi sekarang nie,
life is going better and better.
so, I thought..
maybe aku akan rasa bersalah
tapi aku tahu,
kehidupan aku akan jadi lebih baik.
insyaAllah.
I hope so.. hehehe..

ha! berbalik kepada cerita tadi..
aku pergi pejabat sebab nak uruskan pertukaran tu,
tetiba ada sorang aunty nie
yang duduk sebelah aku.
dia tanya
"bawak borang nie tak?" *tunjuk borang maklumat diri*
aku ---> O,o "hah?"
"Form1 kan?"
"eh! xlah.. sy nk masuk Form4" *sengih*
hahaha!
keyy, aku nampak macam budak kecik ke?
pelik kowt!

ada sekali tu, dekat PPD.
aku uruskan borang pertukaran untuk diluluskan.
aku tegur sorang MakCik nie.
"MakCik pon nak buat pertukaran jugak ke?"
"ha'ah, anak MakCik nk masuk darjah satu,
nk masuk Form1 ke?"
hahahaha!
mudanyer aku!
alaaa.. aku jawab lah..
"eh! xlah.. sy nk masuk Form4.. nak buat pertukaran jugak"
bla bla bla bla bla
hehehe..
 
meh, aku letak muka aku time form 1 dulu..
enjoy..


gambar-gambar awal tahun.. 







keyy, nie time dah jadi pengawas..
pertengahan tahun..


comel je muka time nie!


hahahaha! see? itu lah aku time Form1 ..
sekarang nie dah nak masuk Form4 ..
cepat betul masa berlalu ..






Jelajah


 Tahun 2012!
completed!
satu Malaysia aku dah jejakkan kaki..
hahaha!

Sabah, Sarawak,
Negeri Sembilan, Pahang,
Perak, Kedah,
Pulau Pinang,
Terengganu, Kelantan,
Perlis, Johor, Melaka,
Selangor,
Wilayah Persekutuan.

pada umur 15 tahun,
aku dah jelajah satu Malaysia.
yey! yey! yey!

tapi aku teringin nk jelajah setiap pulau di Malaysia nie..
mesti best!
especially, Pulau Tioman!


aku nak diving dekat sana!


pernah jugak terdetik dalam hati aku,
untuk menjadi seorang
Marine Biologist..
 sebab aku rasa khusyuk gila bila usha laut..
perasaan ingin tahu akan kejadian alam tu..
 pergh!
hahaha!
masa depan yang masih lagi kabur dimata aku..
hehehe..
keyyy, tu je nak cerita sebenarnyer..
assalamualaikum!

online

 online pagi-pagi buta..
memang macam minx kaki..
budak-budak yang online nie kebanyakkannya,
senget sikit..
ish ish ish..
remaja lah katakan..
tapi abah aku kata..
kita (budak xtidoq malam) dah melanggar peraturan alam..
sebab kita tidoq waktu siang
dan berjaga waktu malam..
wahh..
zaman sekarang, orang kata..
"malam masih muda~"
hahaha! 
hampa tau dak? 
ada ja, orang yg kena cancer..
salah satu sebab adalah
dy selalu stay up..
paling kurang pon,
dy suka tidoq lambat..
meninggal dah dy tu..
innalillah..
ajal maut kan Allah yang aturkan..
ish ish ish..
walaupun aku tau benda nie "salah",
aku tetap buat jugak..
sebab aku tau,
aku buat "kerja" nie waktu cuti sekolah ja..
huhu..
hampa rasa, ada effect tak?
haha!
nak buat macam mna kan?
perasaan ingin memberontak masih kuat!


lai.. lai..
Jom tidoq!
hehe.. 
assalamualaikum!

kahwin?!


 25 December 2012
aku pergi kenduri kahwin.
but that's not the point!
Majlis tu diadakan dengan penuh kelainan.
It's more to Islamic.
niceee..
ada taskirah pasal kahwin!
argh!
bila aku dengar..
aku rasa macam nk cabut lari tau!
hahaha!
for me, 
kahwin tu sangat menggerunkan..
sebab apa?
aku pun taktau..
maybe sebab "sweet" sangat kot..
hahaha!
weird keyyy..
plus, aku terbaca pulak satu blog nie..
 
link nie aku dapat dari izzati.
muahahahahha!
cerita dy agak menggerunkan tau!
pasal pregnant?!
gambar kahwin dy so sweeet!
cute giler~
photography dy bhai~
ohhhhh..
melting jugak aku waktu type nie..
hahaha!


tak cukup lagi?
aku tengok pulak VIDEO KAHWIN diorg.
mesti syahdu bila married kan?
hmm
*thinking*
pape je lah!
aku kena belajar dulu keyyy..
pahal aku post pasal nie pon aku taktau..
hahahha!
whatever~


STUDY! STUDY! STUDY!


bila dah dapat result yang baik,
baru aku fikir nak buat apa dengan life aku nie.
peace no war! ^^v


tambahan for today

 aku tak puas lagi update nie!
hehehehe..
pada 19/12/12
result PMR kan?
hahahaha! 
malam tu aku xtidur sbb temankan seseorang "release" tension..
hahaha.. 
pagi tu aku siap awal lah..
sempat lagi mengaji supaya tenangkan hati nk ambik result..
tengok-tengok!
mama kata dy hantar aku lepas balik UKM,
aku pon, "orite! boleh tidoq dulu.."
aku tidur mmg tak ingat dunia..
aku bangun pon sbb terdengar phone vibrate..
mama call..
lepas end call, aku tengok ada 11 MISS CALL! 
ya Allah..
tak sampai seminit lepas tu, 
aku terus masuk tandas!
hahaha! 
sebab perut aku sakit..
malam sebelum tu makan banyak sangat..
mama kata celebrate aku punya result PMR..
padahal time tu tak tau lagi result berapa..
hahaha!
aku tengok ann.. 8 MISS CALL dari izzati
and 3 MISS CALL dari haziq..
sungguh "tak boleh blahhhhh"
hahaha!
keluar tandas, mmg lunyai arrr~
rasa mcm nk skip dari ambik result..
masuk kereta pun aku dok mengadu sakit perut..
demi nk tau result jugak!
aku usap la perut supaya hilang rasa senak dy tu..
sampai ja sekolah,
aku snap gambar..
bila dapat result,
ada budak kelas aku ni nangis depan aku..
aku ape lagi? snap arr!!
muahahahaha!!
keyy la..
aku jahat..
hari tu, aku balik dgn izzati..
dy sedih.. tp aku xtau nk buat apa..
I'd try my best to make her calm..
never mind!
then, dengan membawa perut yg satu hari tanpa
makan dan minum..
aku minx kat mama air milo..
serious! dahaga gila..
dah la malam tu berborak tanpa berhenti gelak..
pagi tu xsempat sarapan..
sbb aku tidoq.. xP
Miss Owl'iz annn..
petang tu mama pi Melaka..
aku tak sempat nk say goodbye,
sebab time tu aku dok dalam tandas..
sakit perut wo!
setiap 3jam aku masuk tandas..
mmg lunyai arr~
time Insyirah call pon,
Uwais tak abih-abih kacau..
dy kan budak rugby, hampa tau dy buat apa utk nmpk tough?
dy minum,
soya + susu + quaker oat + redbeans +
TELUR MENTAH !!
loqlaq betui Abang Syirah nie..
hadeiyyy..
hahahaha! 
after Maghrib tu aku tertidur sejam..
bangun baru okey sikit perut aku nie..
terus update blog..
pergh! pelik-pelik je aku update..
well~
aku akhiri dgn assalamualaikum!

PMR's results


know what?
time abah cakap "hampa sama ja macam an.."
aku nekad! yg aku tak sama mcm Abg An! 
 tetiba ada pulak org yg ckp
"Jom study dekat UK after SPM"
detik tu! saat tu!
entah spirit apa yang rasuk aku,
aku belajar! 
mula-mula mmg aku belajar sebab ayat-ayat tu.
bila aku jatuh,
aku sedar, niat aku tu tak betul.
before PMR,
aku cuma berharap untuk berikan kejayaan
kepada mama and abah.
aku nak tengok depa senyum.
sebab mama and abah pernah kecewa dengan result Abg An.
aku taknak depa kecewa lagi.
aku struggle!
alhamdulillah dapat 5A 3B.
waktu jatuh tu,
sebenarnya time trial.
aku dapat 1A4B2C1D.
aku rasa teruk!
aku belajar bersungguh-sungguh, 
dapat tu ja?
lama jugak la aku tak study after moment tu.
then, 2 weeks before PMR,
baru aku study.
sebenarnya, aku rasa mcm aku dah terlambat.
tapi aku pegang satu ayat,
"lbh baik mulakan skrg dari tak mulakan langsung"
okey, aku belajar!
chaiyok!
but on the same time,
solat hajat !
every week, mesti buat !
kalau mcm aku,
Miss Owl'iz..
malam-malam tu mmg aku free lah kan..
buat lah solat tahajud sekali.
solat tahajud untuk mohon maaf drpd Allah SWT.
itu yang penting !
mendapatkan keredhaan-Nya.
bak kata TokAyah,
"kalau kita bersungguh-sungguh minx sesuatu tu,
insyaAllah Allah tak akan hampakan kita"
alhamdulillah..
kawan-kawan aku secara tak langsung
telah memberikan aku matlamat untuk berjaya !
 terima kasih, hakunamatata ^,^

12jam!


 pecah record keyy!
12jam otp dengan haziq..
hehehe..
lama kan?
best hapeee..
kalau dulu, 8jam..
direct!
tapi 12jam ni tak direct sangat
but still on the same day..

time camni ke yang dikatakan "mengenal hati budi?"
iye lah..
long distance relationship..
kena selalu contact,
kalau tak,
jadi macam conflict hari tu..
parahhhhh!
taknak jadi lagi! 
tak suka.. tak suka.. tak suka..
bak kata Mr. Owlz,
"pengalaman mematangkan kita"
okey?!
faham?!
cantekkkkk!
actually, aku taknak cerita pasal 12jam tu sini tau..
hakunamatata's members,
tahu kan nak cari cerita jiwang karat tu dekat mana?
hehehehe..
assalamualaikum!

si senget ?

berita terkini!
adik aku cakap aku "senget"..
sampai hati dy.. :(
xpe laaaaaa..
aku kisah hapeee..

hey, nak tau tak? 
aku happy je sejak dua menjak nie..
nak tau kenapa?
sebab.. sebab.. sebab..
sebab.. sebab.. sebab.. 
sebab.. sebab..
alaaaa..
perlu ke bagi tahu?
ahahahahah!
korang tau-tau je lah..
muahahahaha!

menyampah tak cara aku taip nie?
aceceyhhhh!
kalau menyampah, tak payah baca! 
aku taip suka-suka je sbb aku tengok dekat blog nie dah lama tak update..
berhabuk tahu!
fuhhh! fuhhh!

hampa bayangkan, 
hari nie aku ada dekat Kedah,
esok aku ada dekat Johor,
lusa aku ada dekat rumah..
Nanti Melaka pulak..
mana lagi?
aku baru je balik dari Sabah..
pergh! penat..

aku tak tau camne parents aku handle outstation camni..
drive lama tau!
kalau naik flight pon mesti penat..
kesian diorang..
kerja punya pasal sampai demam..
bapak aku pon suara dy baru je baik..
haritu xde suara!
kesian..

tetiba aku rasa best pulak membebel dekat sini..
hahahaha!
post ni xde point lah..
sorry! 
assalamualaikum!

merosakkan gambar

Percayakah anda? 
Saya mempunyai satu album yang bertajuk "merosakkan gambar".
Album tersebut bertujuan untuk MEROSAKKAN GAMBAR
yang saya miliki.
Mungkin akan ada orang yang berkata
"pahal dengan budak ni?"

Jangan salah faham ye.
Saya baru sahaja mendapat hobi baru apabila kebosanan online menerjah.
Kini, hobi tersebut telah menjadi minat saya.
Tapi, saya tak rasa hobi ni akan kekal lama.
"A Moment In Time"

nak tengok tak gambar-gambar yang UNIK tu? 
hahahhaha.. 
scroll lah ke bawah.

  ini tak teruk sangat.

gambar ni mmg betul-betul telah dirosakkan.
you can't see the natural of this picture anymore.
itu lah tujuan dia yang sebenar.

 caption for this photo.
"satu gambar, dua personaliti"
itu memang betul pun.
manusia selalu tunjuk 2 personaliti.

 "burn and leak"
memang rosak gambar ni! 


saya memakai cermin mata dalam gambar ni.
saya tak rasa comel langsung bila pakai cermin mata
sebab tu gambar ni saya conteng habis-habisan!
nampak kesan merah tu?
saya letak tu ibarat saya kena tikam.

gambar ni, colourful sikit.
memang disengajakan pun.

kalau anda nak tahu,
gambar ni, saya nak tunjukkan tangan tengkorak tu pegang kucing.
kucing yang dekat atas tu bg nampak terkejut.
hahahaha.

okey.
sebenarnya, setiap gambar, ada makna yang tersirat.
Jika anda memahami gambar-gambar tersebut, 
anda mungkin berjiwa seperti saya.

5 Hari 4 Malam


 25-29 November 2012
my family and I went to Sabah!
and we just got back.

it's quite a good trip for our family.
iye lahh, our parents selalu busy memanjang.
and even 2 days on our trip,
my mum was not with us.
dy kerja tp hari ketiga, dy datang lah.

well, before we're going to Sabah,
mestilah kena naik kapal terbang,kan? hahaha..

know what?! aku kena raba by miss police waktu dekat scanner tu..
sebab aku bawak besi tp bkn apa pun..
dompet je..
haish..
redha je lah!


penerbangan nie, mengambil masa lbh kurang 2jam je.
from KLIA to Kota Kinabalu

we've taken some photos..
when we're landed..


Lapangan Terbang Kota Kinabalu
dalam banyak-banyak bagasi,
kami yang second last ambil.
hehehehehe

after that kami naik lah teksi nk check-in dekat hotel
perkataan yg pertama aku dengar
"tiada apa" in loghat Sabah.
by pemandu teksi tu.
hahaha.

*check-in*
tidurrrrr~ solat~ makan MAGGI~
iye lah, sebelah hotel tu ada 7E! 
Maggi dekat Sabah MURAH bhai..

dah get enough rest,
kami pergi lah lepak dekat tepi laut.
ada lah sekumpulan budak "UPM" tengah buat research pasal makanan HALAL.
mereka minx abah isikan borang ape tah~
kami pun duduk lah kebosanan 
snap gambar sana-sini


kami siap jumpa ikan buntal mati wo!
ape lah nasib ikan tu~
dengan membawa perut yang kebulur,
kami pun pergi lah makan dekat gerai yg berdekatan.
ada mcm-mcm jenis ikan,
ada udang galah!
ada sotong, besar!
ada rumpai laut~
semua fresh!

kami order lah ikan 3 rasa, TomYam, sayur hailan, kerang, and bla bla bla
banyak kowt!
depa buat mcm nk bg makan 10 orang!
padahal kami 5 orang ja.
bila aku makan TomYam depa,
tobat aku xmau order dah..
seriously! makanan dekat Sabah xpedas langsung.
aku nie dah la orang utara.
pedas tu wajib!

masuk jam 6, dah maghrib..
lepas makan, kami pergi jalan dekat shopping complex "Sabah Suria".
adOiy, kami cuba nak habiskan masa dekat situ
sebab masa jalan lambat sangat.
dah penat tp baru koL 8pm! 
rasa mcm koL 11pm..
hahaha..


shopping~ jalan~ supper~

Day 2

wake up in the morning,
keluar pergi breakfast.
lepas breakfast, kami check-out.
first, pergi bank.
malangnya, abah punya card tu kena telan!
satu hal lagi nk tunggu masalah card tu settle.
lepak dalam kereta berjam-jam,
sampai lah petang,
kami pun lapar,
pergi lah makan dekat kedai yg berdekatan.
makanan dy! tak pedas langsung! argh!
gila aku bila makan makanan yg tak pedas.
haish.
perkara yg paling luar biasa adalah bila aku tak order air milo.
time dekat Sabah, aku order air "Hi-Goat" je.
tukar angin~
haha.

lepas masalah card abah tu settle,
kami pun pergi solat dekat Masjid.
like always, koL 6pm dah masuk Maghrib.
lepas solat,
trip ke Kundasang pun bermula!
2jam dalam kereta sewa.
jalan naik bukit, turun bukit.
berliku-liku.

malam tu, sampai.
*check-in*
makan Maggi je dalam bilik.

Day 3

sejuk~~

pagi-pagi lagi kami dah keluar.

breakfast!
roti canai. nasib baik sedap~


 pergi round dekat area Kundasang.
tengok ikan, strawberry, madu, sayur, bunga, ayam hidup!
hahahaha
ayam dy warna putih!

 nmpk sedap je kan?
yummy! 
lepas tu, kami pusing dekat Mersilau..
1900mm of Gunung Kinabalu.


lepas chaw dari Mersilau, kami pun pergi ke pekan.
nak ambil mama.
tengahari tu, kami makan nasi ayam.
sama jugak, xpedas.
redha je.

petang tu, kami pergi kilang LEMBU!



best jugak, bg makan kambing liar..
bg minum anak lembu..
hahahah!
minum susu lembu fresh!
yummy! 

time nak snap gambar membelakangkan kandang tu,
hujan turun pulak.
tak dapat nk snap banyak-banyak..
hahhaha.. 

malam tu, kami makan dekat restaurant hotel.
sama je, xpedas.

Day 4

lepas solat subuh, semua orang tidur balik except me!
iye lah. subuh start koL 5am. habis koL 6am.
koL 6 tu dah boleh nampak matahari. cantik!
lawak je bila aku online fb, 
semua orang baru bangun.
aku dah siap mandi dah pon.
hahaha.

aku try kejutkan family member yg lain. 
aku ketuk katil.
akmal pun bangun.
dy cakap "ni mimpi ka?"
and I was like.
"BANGUN!" *ketuk katil*
dy fikir bunyi ketukan tu dalam mimpi dy.
time tu dy tengah main kejar-kejar dekat padang.
hahahaha. 
aku kacau mimpi indah dy tu.
well, I'm a good sister~

kami pun makan chipsmore dua orang.
snap masuk facebook. 
hahaha.

tapi aku masih tak puas hati.
orang lain semua tak bangun lagi.
aku pun lompat-lompat.
bkn atas katil tau tp atas lantai je.
sambil menjerit "BANGUN!"
huahahahha!
 lepas semua orang bangun,
aku tidur. 
dengan bertudung.
barang aku semua dah packing, senang lar~

tiba-tiba aku bangun dengan bad mood.
mmg habis family aku.
hehe.
nasib lar~

otw ke Kota Kinabalu balik, 
kami stop dekat Poring Hot Spring.
ada kolam air panas~ ada canopy walkway.
memang best.
tp kami celop kaki je.
but we've tried the conopy walkway!
mandi peluh bhai~


waktu mendaki tu..
mama muntah, aku kan dekat belakang dgn mama dgn abah.
aku tengok je lah. waktu tu baru 1/4 dari perjalanan.
mama pon patah balik.
aku risau gila!
kalau ikutkan hati, aku nak hantar mama.
tapi xkan lah aku nak tinggalkan adventure ni dan tinggalkan abah?
so kirim advised je lah.
950mm nak kena berjalan.
akmal, solehan and afiqah jalan dekat depan.
aku jalan dengan abah.
aku takut abah pulak yg pengsan nanti.
time ni lah aku bukak facebook.
imagine! mendaki sambil ber-facebook.
siapa yg pernah buat? 
hahahah.

950mm telah pun tamat, kami pun pergi ke Kinabalu Park.
dalam kereta, semua orang tidur.
penat~
sampai je dekat sana dengan muka kepenatan.
semua orang fikir nak rest je.
kesian abah.
abah nak sangat naik bukit setinggi yg boleh.
tapi dah semua orang penat.
tak pergi lah jauh-jauh.
 dapat jugak lah snap gambar.


kami sempat lagi makan durian! sedap!
hahahaha.

bila dah sampai Kota Kinabalu,
kami kena hantar balik kereta sewa tu.
duduk dekat apartment mmg best!
ada 3 bilik! cukup lah tu.
malam tu, 
argh!
jumpa aunty Warda!
manusia pertama yang aku tengok apabila dilahirkan di dunia nie.
siapa yg tak happy? 
dy jugak mak angkat aku.
aku lahir je, dah ada mak angkat 
tp sampai aku 15 tahun, baru boleh jumpa.
setelah bertahun-tahun aku nk jumpa dy.
haha. happy gila tak terkata.
aku nak nangis kowt! 


aunty Warda! 
tersengih aku di situ.. 
baba (uncle Shah @ bapak angkat aku) 
ada je dekat belakang tu.
hahaha!
baba yg belanja kami dinner.
atlast! dinner malam tu, ada cili padi!
ada ketam, besar!
sedap!
aku jumpa Amirul, Yuyun, Nana and Zidan!
anak-anak aunty Warda.
aku rapat dengan kak Yuyun je.
sama usia dengan abang aku.
and I found someone.
MakLong Liz!
hehe.

Day 5

pagi-pagi tu, after subuh.
terus pergi pasar.
borong ketam.
13 kg!
iye lah. dekat Sabah, ketam dy murah..
lepas packing ketam and udang yg nak bawak balik tu,
kami pun pergi makan dekat KFC.
lepas makan, pergi borong barang lah!
nak bawak balik utk kekawan.
duit aku habis RM30 dekat situ.
beli keychain dan gelang je.
abah borong macam-macam.
mama pun ikut borong sama.
entah berapa ratus dah habis dekat situ.

then, kami pun kena kejar masa sebab flight pagi !
huhu.
kami pun packing cepat.
aku pergi pasar td tu pun bknnya mandi lagi. bau ketam!
haha.
cepat-cepat lah mandi!
dah siap, pergi airport.
naik flight.
lunch dekat situ.
know what? 
aku melukis atas kapal terbang.
iye lah. diary aku bkn bertulis tp berlukis.
dah melukis,
aku berborak dengan mama.
dari udara kan boleh nampak darat.
that moment,
aku terpesona dengan keindahan alam.
ciptaan-Nya yg sangat unik.
aku dah tetap kan nk ambik aliran "Sains Tulen" tahun depan.
tu pun kalau layak lah.

aku bersyukur sangat aku duduk tepi tingkap hari tu.
sebab aku boleh nampak awan yg mcm gula-gula kapas.
aku nampak tanah yg telah ditenggelami laut.
aku nampak PELANGI !
tu yang paling best!
selalunya, kita nk capai pelangi tu.
sekali, aku nampak real pelangi!
secara live! and dekat! 
argh!
kecantikan yang tak boleh nak digambarkan.
alhamdulillah..

KLIA
aku dah jumpa perfume yg perfect untuk aku.
my own perfume.
aku nak perfume tu jadi trend mark aku buat selama-lamanya.
hahaha.
nak tau tak?
waktu dekat KLIA tu, ada sekumpulan orang yg baru balik dari Mekkah.
menunaikan haji.
kami terserempak dengan Shamsul Raurau.
but do like I care~
akmal lah, over dos toL.
whatever~
tu je lah aku nak cerita.
hahaha.
thanks sbb baca dari mula sampai habis. :)

mama dan abah.
romantika diamor!

 akmal panggil ni, STRAWBERRY PANGGANG!
hahhahahah!


sekian dari aku.
assalamualaikum! XD

before goodbye


 hye..
assalamualaikum..

actually, aku tak tahu nak taip apa..
kebosanan yang teramat sangat..
but nothing to share..

sorry lah kalau title tu buat kau tertarik untuk membaca..
tapi sebenarnya, takde yang menarik pun..
huhuhuhuhuhu

apa aku nak buat?
say sorry?
then, sorry..
say sorry?
sorry again..
say sorry?
hurm, sorry..
say sorry?
SORRY !!

sorry for what? sorry for everything..
buat kau sakit hati..
buat kau fikir pasal aku..
buat kau ..
buat kau..
tertanya-tanya..
buat kau muram..
buat kau kecewa..
iye, kecewa..

I'm so sorry.. 

and kepada kawan-kawan,
sorry kalau aku tersalah bagi info
or terkasar bahasa..
aku kan suka cakap main lepas jeh..
sorry again..

kadang-kadang,
aku taip pon main lepas jeh..
macam sekarang nie..
heheheheh..
SORRY !


goodbye, not for you! but for the internet, okeyy?
Jangan salah faham pulak..

KUNCI


usaha adalah kunci kejayaan XP
PMR candidates 2012 yaww!!

^kunci^
kami buddyz, kami tak akan berpisah
*iklan digi*
!hahahahahahahhaha!

*import dari blog CheWanie*
ini lah KAMI

banyak kenangan aku bersama diorang.
kenangan yang tiada ganti rugi.
kenangan yang mengajar aku erti teman sejati.
sentiasa ada bila diperlukan.
sentiasa bersama dalam apa jua keadaan.
itulah kawan.


membesar bersama-sama.
merentasi masa bersama-sama.
melewati liku-liku kehidupan dengan kesabaran 
dan kesetian dalam mengenali erti dunia yang sebenar.
*I'm a little bit off right?*


had a crazy memories together 
it's friends.. 
doing things without worrying about nothing else except us
us, the smile.
us, the laugh.
us, the emo.
us, the tough.
*I can't describe us*


maybe next year was the beginning for us.

TERIMA KASIH<SEMEKAR>


3 Amanah on board with Puan Kamariah
I'm gonna miss you all !! 



opst! tak habis lagi lahhhh.. 

there's someone behind this memories...

comelkan? well, that's my Cristiano Ronaldo aka Vee
!hahahahahhahahaha!


disetiap tangisan, mereka lah yang memberi aku semangat untuk terus ketawa
thanks, Whatever HaKuNaMaTaTa :)




be happy!!
gO Lucky..