pengsan bangun masak

ha ha pelik punya title kan?

actually, aku "pengsan" au semalam
from 7.30pm till 5.30am

ha ha

headache yang teramat teruk membuatkan mata aku tak boleh pandang cahaya and I decided to sleep

When I woke up,
ada misses called from abah and banyak ws masuk

serious tak perasan langgggsung

sbb tu aku kata pengsan

I slept for 10hours

bangun, terus solat Isyak
12minit lepas tu masuk subuh

dah solat tu, lapar la ofcosss
sbb smlm aku cuma makan nugget bbrp ketul and tetiba headache~
terlentang la aku di atas katil~

so, 6.00am
aku dah terpacak kat dapur tu goreng hot dogs and nugget

atleast abah and akmal boleh makan
or bawak bekal

aku makan kejap then lepak kat bilik

selak buku latihan addmath
selak je~
bosan aku dengar lagu

dah nak pukul 8am
aku turun
abah dh nk g kerja, lambai lambai

aku bukak insta
tengok ada orang buat cake, caremal chocolate
nampak sedap siyot~
aku pon terasa nk makan cookies
cari cookies kat umah tak jumpa

checked kabinet, tengok ada bahan
aku pon apa lagi~

9.00am
dah uli tepung hahahahaha
mcm main masak masak
campak campak campak!

Bahan ;

-sebiji telur
-half of mentega
-brown sugar
-tepung gandum
-tepung penaik
-tepung soda karbonat
-madu (ganti esen vanila)
-chocolate chips

semua tu aku guna dalam kuantiti yang aku main agak~

alhamdulillah la sedap

serious sedap klau makan panas panas
bila dah sejuk, rasa mcm cookies biasa je lah~

so,
wanna try? without essen?
ha ha ha

macam lawak je atokk kata
"lepas pengsan dapat ilham"

me ; pengsan? ha ha ha

aku pon tak tahu kenapa aku rajin pulak masuk dapur hari nie

esok ada paper, wish me luck!

4 kerat aku punya cara

jangan dikenang dengan apa yang ditinggalkan
harus dilihat apa yang dihadapan
kebarangkalian untuk kecundang itu tipis
dikalangan orang orang yang beriman

..

layak ku ibarat orang puitisan
pabila bersua bagai pesalah panasaran
jangan disangka orang itu baik belaka
kemungkinan jahatnya tetap ada

..

titisan air mata curah bagai pili air rosak
hendak mencari penukang semua raksasa
bukan tak mahu berhenti menderita
tapi ini kehendak yang Maha-Esa

..

jantung gugur di medan perang
hati lemah dipaku asmara
aku bersedih bukan kerana dia
aku bersedih kerana diriku yang tak sempurna

..

wang kertas menjadi rebutan
kekayaan dunia dikejar manusia
amalan akhirat ditinggalkan karena
mereka tidak mengerti kepentingannya

..

niat buruk dapat dihidu
orang orang tua dahulu
niat baik disalah tanggap
oleh orang beruk segenap

..

jangan disoal
jangan ditanya
apa yang aku lakukan ini
semua durjana!

hahahahahahahaha

bye bye

koridor

duduk-ku sepi
memerhati jalan yang dilalui
aku terfikir
adakah ini jalan yang perlu ditempuhi?

beri-ku masa
melengkapi ibadat
kerana ketakutan yang kian menebal
apabila melihat titian sirat

sudah-ku duga
sudah-ku sangka
adakah aku bersedia?
adakah aku akan berjaya?

Jika engkau

Jika engkau faham maksud dunia
Engkau tidak akan menentangnya
Jika engkau faham maksud usia
Engkau tidak akan mensia-siakan masa

Jika engkau faham erti susah
Engkau tidak akan lupa menghargainya
Jika engkau faham erti harapan
Engkau tidak akan berani memijaknya

Jika engkau faham ungkapan cinta
Engkau tidak akan mempergunakannya
Jika engkau faham ungkapan rindu
Engkau tidak akan biarkan masa berlalu

Jika engkau faham apa maksud-ku
Engkau tidak akan menjadi seperti aku
He he..

sungguh

sungguh

meletak Kau sebagai keutamaan
itu satu tujuan
tetapi hasutan yang menganggu
itu satu halangan

sungguh

demi Kau aku lawan jua
apa yang dibisik
aku pekakkan telinga
apa yang ditunjuk
aku pejamkan mata

sungguh

aku mencuba
memperbaiki diriku sendiri
aku menjaga
memperkasakan apa yang ada

sungguh

aku ingin
aku hendak
menjadikan Allah prioritiku
menjadikan Rasul idolaku

penjara

tiap hari tak kan sama
jika hari masih kan ada
apakah kita mahu mengubahnya
atau mungkin juga yang ada menyesalinya

manusia kini hidup pancaroba
jenayah kini menjadi sasaran
masihkan ada peluang tuk berubah
atau hanya tinggal penjara

jika bukan kita yang menyedari
apakah ada yang mengerti
hebatnya dunia masa kini
tapi masih terasa hilangnya erti

peluang yang mendatang
bukan untuk ditendang
tetapi untuk kegunaan masa akan datang
jangan kita ambil ringan untuk memandang

be happy!!
gO Lucky..