lelaki

aku berterus terang dgn awek kau
aku tak tahu pulak yg aku kena psiko hahahaha
aku tak faham kenapa perempuan suka psiko orang
tak boleh ke terus terang je?

aku tak faham kenapa semua lelaki yang hadir dalam hidup aku perlu maki aku
jahat sangat ke aku?

teruk ke kalau aku seorang yang setia?
kejam ke kalau aku berterus terang?
jahat ke kalau aku biarkan perasaan sayang  aku tu dan tolak setiap orang yang dtg dlm hidup aku?

kalau aku tak faham apa apa makna kehidupan, bagi tahu aku..
kalau aku bersalah dlm membuat penilaian, bagi tahu aku..
kalau aku perlu hentikan setiap hari aku mengingati kenangan, bagi tahu aku..
kalau aku sakitkan hati sesiapa, bagi tahu aku..
sebab aku mungkin tak sedar apa yang aku buat kalau orang tak tegur aku..


aku mmg bodoh bro
kalau boleh aku pon nk mati berdepan dgn perasaan aku sendiri
aku sedar aku nie sape
tapi kalau itu kehendak kau bro,
suka hati kau la..

manisnya cinta

mungkin pertemuan kita singkat
mungkin perkenalan kita sementara
mungkin juga kita benar ditakdirkan bersama
mungkin juga kita sebenarnya hanya bertemu di perantara

mengenal sebuah hubungan itu menjadi bermakna
hanya dengan engkau dan aku bersama
ini takdir tuhan yang harus aku terima
perjalanan cinta yang punya banyak golak dan cabaran

usah geruni perasaan yang datang
ketahui itu adalah permulaan 
usah takut untuk berkasih sayang
kerana itu adalah pengalaman

p/s : aku baru lepas tengok cerita manisnya cinta, thats why tajuk gitu and rasa macam nk menulis


pengsan bangun masak

ha ha pelik punya title kan?

actually, aku "pengsan" au semalam
from 7.30pm till 5.30am

ha ha

headache yang teramat teruk membuatkan mata aku tak boleh pandang cahaya and I decided to sleep

When I woke up,
ada misses called from abah and banyak ws masuk

serious tak perasan langgggsung

sbb tu aku kata pengsan

I slept for 10hours

bangun, terus solat Isyak
12minit lepas tu masuk subuh

dah solat tu, lapar la ofcosss
sbb smlm aku cuma makan nugget bbrp ketul and tetiba headache~
terlentang la aku di atas katil~

so, 6.00am
aku dah terpacak kat dapur tu goreng hot dogs and nugget

atleast abah and akmal boleh makan
or bawak bekal

aku makan kejap then lepak kat bilik

selak buku latihan addmath
selak je~
bosan aku dengar lagu

dah nak pukul 8am
aku turun
abah dh nk g kerja, lambai lambai

aku bukak insta
tengok ada orang buat cake, caremal chocolate
nampak sedap siyot~
aku pon terasa nk makan cookies
cari cookies kat umah tak jumpa

checked kabinet, tengok ada bahan
aku pon apa lagi~

9.00am
dah uli tepung hahahahaha
mcm main masak masak
campak campak campak!

Bahan ;

-sebiji telur
-half of mentega
-brown sugar
-tepung gandum
-tepung penaik
-tepung soda karbonat
-madu (ganti esen vanila)
-chocolate chips

semua tu aku guna dalam kuantiti yang aku main agak~

alhamdulillah la sedap

serious sedap klau makan panas panas
bila dah sejuk, rasa mcm cookies biasa je lah~

so,
wanna try? without essen?
ha ha ha

macam lawak je atokk kata
"lepas pengsan dapat ilham"

me ; pengsan? ha ha ha

aku pon tak tahu kenapa aku rajin pulak masuk dapur hari nie

esok ada paper, wish me luck!

4 kerat aku punya cara

jangan dikenang dengan apa yang ditinggalkan
harus dilihat apa yang dihadapan
kebarangkalian untuk kecundang itu tipis
dikalangan orang orang yang beriman

..

layak ku ibarat orang puitisan
pabila bersua bagai pesalah panasaran
jangan disangka orang itu baik belaka
kemungkinan jahatnya tetap ada

..

titisan air mata curah bagai pili air rosak
hendak mencari penukang semua raksasa
bukan tak mahu berhenti menderita
tapi ini kehendak yang Maha-Esa

..

jantung gugur di medan perang
hati lemah dipaku asmara
aku bersedih bukan kerana dia
aku bersedih kerana diriku yang tak sempurna

..

wang kertas menjadi rebutan
kekayaan dunia dikejar manusia
amalan akhirat ditinggalkan karena
mereka tidak mengerti kepentingannya

..

niat buruk dapat dihidu
orang orang tua dahulu
niat baik disalah tanggap
oleh orang beruk segenap

..

jangan disoal
jangan ditanya
apa yang aku lakukan ini
semua durjana!

hahahahahahahaha

bye bye

koridor

duduk-ku sepi
memerhati jalan yang dilalui
aku terfikir
adakah ini jalan yang perlu ditempuhi?

beri-ku masa
melengkapi ibadat
kerana ketakutan yang kian menebal
apabila melihat titian sirat

sudah-ku duga
sudah-ku sangka
adakah aku bersedia?
adakah aku akan berjaya?

Jika engkau

Jika engkau faham maksud dunia
Engkau tidak akan menentangnya
Jika engkau faham maksud usia
Engkau tidak akan mensia-siakan masa

Jika engkau faham erti susah
Engkau tidak akan lupa menghargainya
Jika engkau faham erti harapan
Engkau tidak akan berani memijaknya

Jika engkau faham ungkapan cinta
Engkau tidak akan mempergunakannya
Jika engkau faham ungkapan rindu
Engkau tidak akan biarkan masa berlalu

Jika engkau faham apa maksud-ku
Engkau tidak akan menjadi seperti aku
He he..

sungguh

sungguh

meletak Kau sebagai keutamaan
itu satu tujuan
tetapi hasutan yang menganggu
itu satu halangan

sungguh

demi Kau aku lawan jua
apa yang dibisik
aku pekakkan telinga
apa yang ditunjuk
aku pejamkan mata

sungguh

aku mencuba
memperbaiki diriku sendiri
aku menjaga
memperkasakan apa yang ada

sungguh

aku ingin
aku hendak
menjadikan Allah prioritiku
menjadikan Rasul idolaku

penjara

tiap hari tak kan sama
jika hari masih kan ada
apakah kita mahu mengubahnya
atau mungkin juga yang ada menyesalinya

manusia kini hidup pancaroba
jenayah kini menjadi sasaran
masihkan ada peluang tuk berubah
atau hanya tinggal penjara

jika bukan kita yang menyedari
apakah ada yang mengerti
hebatnya dunia masa kini
tapi masih terasa hilangnya erti

peluang yang mendatang
bukan untuk ditendang
tetapi untuk kegunaan masa akan datang
jangan kita ambil ringan untuk memandang

sahabat

sahabat
tanpa kau disini
buat semuanya berubah

kau hadir
sebagai cahaya
yg memberi semangat
yg memberi harapan

kau yg mendengar
kisah hidupku
kau yg membuat
rintihan menjadi ketenangan

pelukan yg diberi
ketika diperlukan
memberi impak
yang sangat mendalam

kau mengerti
kau fahami
mungkin itu
yg semua rasai
apabila kehidupan kita
dicipta, dibina, dicorak
bersama mereka

*puisi nie paling susah sebab nak describe sahabat tu boleh sampai 1 buku*

love

aku mimpi pagi td
hahaha
I know la
tak baik tidur lepas subuh
tp aku tidur jugak~ hehe

aku mimpi ade orang nak jadi pakwe aku
cara dy mengurat sangat unik!
and I fall in love with him
aku terima dy!
infront of my two friends
Izzati dgn sape tah lagi sorang tu

ya Allah
aku nak sangat mimpi tu jadi kenyataan
aku dapat rasakan perasaan tu..
walaupun hanya sebuah mimpi

maybe aku mimpi mcm tu sbb
before aku tertidur tu,
aku tengok cerita cinta kottt~ pfftt

hahahaha

nak sambung balik mimpi tu boleh tak? hehee

entahlah

bukan kehendak bukan kerelaan hati
tak dijangka tak juga dimiliki
bukan tujuan bukan pengakhiran
tak digapai tak mungkin kecapi

aku tertanya
apakah ini hanya ilusi
kerana aku masih disini
mencari impian dan mimpi?

selamanyakah begini
sehingga tiada tinggal apa lagi
apakah aku akan merestui
apa yang akan terjadi?

kesedaranku hilang
kesunyianku mendatang
siapakah yang harus dipersalahkan?
adakah diriku sendiri?

seakan terlihat bayangan
sedangkan ini bukan yg kuimpikan
berdirinya aku
melihat diriku sendiri memusnahkan impian

remember

remember my post?
pasal mimpi
adik aku mati tu?

I've told u guys
it was the 2nd time
sesuatu mimpi memberi impak kepada fizikal aku~

well~ the 1st one
when I was Form 1 kott
kalau tak silap

aku mimpi arwah Nuaim accident
before that, aku tak ingat
tp heart beat aku laju gilaaa
mcm lari 4 lap

bila aku sedar je,
dengan heart beat laju nak mampos, badan peluh,
aku terus call arwah
asked him "kau ok tak? aku mimpi kau"

I never thought cara dy mati macam tu..
sayu..
al-fatihah

sedih

jasad terpaku
tanpa nyawa
tanpa roh

akan hilang jasadnya
kembali ke tanah
ke tempat asalnya

dikata kawan sampai mati
tp sekarang masihkah ada lagi?

memori yang dibina
akan aku simpan
di dalam kotak
jangan dibuka melainkan sebagai iktibar

kerana disitu adanya cerita aib dan gembira

katanya kawan
ttp sudah lama tidak bertegur sapa

terasa juga kehilangannya
kerana dia telah pun tiada

ingin melihatnya buat kali terakhir
mengadap Allah
tp apakan daya

2am ; 17 Oktober 2014 ; 16 hari sblm SPM

#2am
Nu'aim dah takde..
Allah dah ambik nyawa dia..
:'(

kau ampuni lah dosanya ya Allah

#PrayForNuaim

bismillahirrahmanirahim..

aku x tahu mcm mna nk start~
but all I know,
kita x boleh jangka apa yang akan berlaku..

malang tak berbau,
Allah menguji dia or somehow
Jika sekembalinya dia ke dunia ini,
melahirkan kesedaran dalam dirinya,
maka itu lah yang terbaik..

mungkin ini lah cara Allah kepada dia

aku sedih,
aku tak keep in touch dengan dy for a long time
and suddenly dengar
"syifa! aku dah ingat topik yg aku nk cerita kat kau!
amender?
Nu'aim accident! Teha cakap dy ada 50/50 je utk hidup"

Ya Allah

tak sangka cara nie yang Allah berikan untuk dy

aku mengelamun sekejap
fikir apa yg tlh aku lalui dgn dy

dy adalah satu satunya lelaki yg prnh tegur cara jalan aku
dy yg ajar aku jalan kepit
dy teman aku study memalam
dy call aku time lepak pukul brp pg tah dgn kwn kwn dy
dy berhajat nk suap aku tp smpai skrg tak berkesampaian

waktu tu,
dy adalah "kawan sampai mati" yang aku labelkan
dy yg mengajar aku bercakap terus terang

aku tahu, sepanjang aku kenal dy,
dy xde lah baik mana
tp dy bknnya jahat sgt

aku harap sangat
Allah ampunkan dosa dy
berikan dy peluang supaya dy dpt teruskan hidup
membahagiakan parents dy
make his own future

bina rumah tangga
mcm yg dia pernah cerita kat aku..

just,
if u guys read this,
please..
pray for him..

Al-Fatihah

ter suka

aku tahu
tak sampai sebulan dah nk spm
tak sampai 23 hari pon

tapi perasaan nie tak boleh dijangka
perasaan nie tak diundang
dia datang dgn sendiri
pergi aku tak tahu bila lagi

takpe lah
biarlah menatap dihati
aku tak kesah

asalkan aku tak over sudahlah

dia
dia ermm
orang yang biasa biasa je
tak hensem mana pon
tak sado pon
takde lah pandai sangat~

ai sey mennn

over excited tu pop out
bila berdepan dgn dy
perghh!
at first, usah dikata lah~
aku sengehhhhhh tak cukup gigi
ha ha

iye lah
duduk kat pss
ttba dy duduk sebelah orang yg depan aku
ish ish ish
aku tak pandang pon dia
tp aku tahu la itu dia
ish ish ish
syifa syifa~

tak cukup dengan tu,
bila lalu sebelah dia atau ternampak dia
walaupun 1km jauhnya
aku tetap tersenyum
haha
gila aku nie
excited
pasal apa pon aku tak tahu

senyuman auto tahu tak?

bagus lah
at least ada orang yg boleh buat aku tersenyum
walaupun dia tak sedar kewujudan aku :)

my 2nd time

lastest story!

today, 30 September, now 6.28am
I should probably get ready for school..
hehe

nak tau tak? aku mimpi tadi..
aku mimpi A****H mati,
aku cuma ingat, aku tengok mayat dy,
muka pucat, hidung dy kena tutup dgn kapas and she's wearing her favorite tudung..
I guess dalam mimpi tu mayat telah pon dimandikan..
at the moment aku mimpi tengok muka dy,
aku dapat rasakan yg aku menangis,
in a real life!
mengalir air mata..
aku separuh sedar when it happened,
back ground suara yg aku dengar is my own alarm "fak bangun fak!"
and she's the one who keeps calling me FAK! FAK! FAK! -..-

mmg perfect moment lah background suara tu masuk skli dlm mimpi aku~

haihh.. knp lah aku mimpi mcm tu?
aku bangun je, dah pukul 5.45am or something..

this is my 2nd time,
mimpi yg memberi impak kpd fizikal aku..

oi oi easymath camp

assalamualaikum wbt! 

hello fwenzz!! hehe

dah lama aku tak update blog guna lappy,, rasa excited pulak! xP
actually,
time cuti sekolah tu aku pergi easymath camp kat BASIS

at first,, aku ingatkan,, aku akan berkeseorangan
again
mcm di kem kadet polis hari tu

tapi!

ada this one girl tiba tiba je dtg and asked me "is this sit , taken?" *ayat dy lbh kurang camtu arr*

bila dy duduk jer!!! pong pang pong pang!!
dy cakap tak berhenti!! gaya dy bercakap tu~ full of expression!
haha
her name is LUBNA YUSOF from SMK TTDI Jaya, Shah Alam..
aku interested dgn dy pon cuz' dy introduce herself as that school's student...

awal awal lg aku tny dy, "kenal Aishah Humaira' tak?"
hehe sebab klau xsilap aku, Aishah sekolah situ..
kalau korang tak knl Aishah tu sape~

mehhh! aku cerita..
There are 3 musketeers, the older one is Khadijah, the second one is Aishah and the youngest one is Sumayyah..
They are my childhood members arrr~ merangkap my neighbors.. (used to)
Aishah nie sebaya aku .. that's why aku tny Lubna cuz' we all sebaya kan~

hey! hey!
aku bukan dari Shah Alam ok?
kitorg neighbor waktu di Kulim, Kedah..
and my parents kena transfer kat sini, plus after a few years, Pak Cik Shamsul pon kena transfer..

kadang kadang kitorg ade la jumpa jugak~
hehe dah habis brp perenggan cerita psl neighbor je~ xP

ok ok..
so,, this easymath camp,, kitorg belajar addmath auu..
bkn math!

addmath for 3 days and 2 night!
tapi malam malam tu xde la bljr~ klau ade juga mmg ade yg koma kot!
termasuk aku! mungkin boleh terkena saluran darah tersumbat akibat bljr addmath tanpa henti..
hahahaha make sense what~
hanya pelajar addmath je yg faham..

belajar addmath nie mudah kalau tahu konsep and trick soalan

in my case,, aku mudah lupa!
so,, buka lah pencil case anda dan perhatikan apa yg dihadapan anda,, coretkan! fahamkan! hayatiii!!

but,, my first day,, aku tak bawak kertas!
aku pandang je lah screen tu,, hayati lah katakan~ ermmmm~
ape yg penting je aku tulis and coretkan dalam modul yg pihak Shinobi Enterprise tu edarkan..

WAKTU TU! mmg la aku faham ape yg dy ajar
tp ye lah
aku mudah lupa!

sekarang aku dah lupa balik sikit sikit ape yg diajarkan tu..

kesian Cikgu R***** hehe

aku ingat bab yang aku rasa senang jer..

bab yg aku rasa baru pertama kali belajar!
padahal, Puan Siti Dorah dah ajar dahhh~

hehe maaf ye Puan Siti !

ok
in this story,
kitorg belajar bab form5 jer~ tp ade lah related sikit dgn form4 punya~
yg aku paling xley blahhh ann!!
last day tu, kitorg dilatih utk jwb soalan KBAT tauu..

most of them, soalan log,
and I LOVE LOG !
aku jawab arhhh!
sekali dy dah tny dulu kat dak laki..
aku pon ermm takpe arh.. aku teruskan la buat ann..
budak laki tu betul!
aku check jwpn aku, eh betul lah!

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!

terharu giler! bertambah + tambah + tambah + tambah suka la aku dengan log kan~
hehe
soalan kedua log KBAT yg dy bg tu pon aku dapat jwb..

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

aku sangat lah berharap yg soalan spm mcm tu~ huhu

btw, easymath camp tu quiet okey lah~
aku cuma x berapa gemar LAWAK ANTARABANGSA dy tu jer~
hehe

cara dy ajar pon, ada yg senang tp ada jugak cara cikgu aku ajar dekat sekolah lagi senang..

huhu ada jugak yg lebih kurang sama jer~


and, aku baru tahu, cara menggunakan calculator for intergration!
wah! new thing for me mehhh~ cikgu kat sekolah xajar pon..

its ok, mungkin Puan Siti tak tahu kott..

hehe..

nak tau tak?
dalam kem tu,
waktu malam terakhir tu,
aku tak sedar yg ade budak berpesta dalam bilik aku..
roommates aku cakap, diorg buat bising, langkah bdn kitorg pastu sampai nk ludah ludah bagai..
ade yg nk sampai kes polis? amender tahh..
(aku tak amik port)

tetibe jer last day tu diorg minx maaf kat aku..

dgn muka blur nyer aku "knp nk minx maaf?" pfft~
serious punya TIDUR MATI aku nie~

hehehehehehehe

penat mehh~ belajar addmath dari 8am sampai 5.30pm!
malam tu aktiviti apekebender tak berfaedah pon aku rasa...
balik bilik kol 11pm dahh~ mmg aku pengsan dulu arhhh~

tu je lah aku nak cerita pengalaman aku

dapat berkawan dengan Lubna, roommates aku --> budak budak bito (Anna, Zula, Aisyah, Hanis) , Dini dari al-Amin dgn Fai dari sekolah sains mne tahh~ aku x ingat.. hehe..
Fai helps me dalam memahami benda yg aku tak faham arhh..
dy friendly and bila bercakap, dy bg feedback..
bkn mcm bila aku ckp dgn Lubna, aku xde feedback pon~ dengar jer~
taktau nk cakap ape~ hehe..

pendiam lah katakan~ uhuk!

kbubye!

SPM AROUND THE CORNER, GOOODLUCKKKK!

assalamualaikum..


sorry kalau ayat aku tunggang terbalik sbb all this words mixed up in my brain!
kejap English, kejap Melayu, rojak! yumm yumm sedap!! =..=

aku stress!!!

first of all, aku x senang duduk..

nak tido pon tak boleh~ rasa mcm nak menangis pon ada..

waktu nk tido nie lah aku mengkaji result,
menentukan kedudukan aku..

sumpah teruk!

result aku waktu pertengahan tersangatlah bercorak~
ada G, C, B, and rasanya A tu setakat Pendidikan Sivik je kottt..

kali nie, most of our paper dah dapat..
yg trial punya..
aku check balik, mmg laaaa certain tu ada peningkatan
tapi still tak cukup!
nak SPM mana boleh dapat result
addmath - 22 (G)
bio - 48 (E)
kimia - 38 (G)
bm - 65 (B)
sej - 56 (C)
pend. Islam - 70 (B)
math - 59 (C)
fizik - unknown
bi - 61 (C)

ottokeee???

sucks! sucks!! suckssss!!!

itu aku study kottt!! study sehari sblm exam..
ok ar tu..
sllnye aku study pg sblm exam
huhhh tapi result camtu gak

aku stress arhh!!

SPM tak sampai 40 hari lagi..
and aku still x berubah

masih lepak dgn movie everyday
tidur after balik sekolah

even xde Internet ~
aku still camni ~
hurm.. cane nk studyyy????
mne nk dpt kekuatan untuk menolak segala hasutan movie nie?
dulu aku ada gak arh matlamat,
sekarang matlamat tu dah terkubur..
otak aku dah payah nak berkembang
I don't know why~
:''((

p/s : my mind doesn't talk to me anymore~ the one that keeps on reminding me to study for my parents! god sake!! aku xtahu nk start dari mana!!

warghhhhh!!!

warghh arghhh arghh!!

kau tau tak?

td aku teman bpk aku g amik fiqah dekat KL Central
sepatutnya dy sampai kol 6.20pm tp
keretapi tu sangkut
so she got in here exactly right before iftar!
3min camtu~
huhhhh!!
dah lepas bukak puasa kat KL Central tu kitorg g solat
dh sudah solat g round cari baju raya
mula mula msuk kedai apetah
tp xde bju yg aku minat
so g je parkson
lepak kat situ sampai kol 10pm!
dpt la jugak bbrp helai baju~

yg bestnyer!! kan aku dtg dgn bpk aku naik KTM
balik pon dgn KTM arh kann~
bila nak balik tu!
ofcos arr dh tau itu might be the last KTM right?
sbb dh mlm kowtt~
ble nk naik tu,
abah suruh aku dgn fiqah duduk kat ladies couch, dy duduk kat gerabak lain
aku apalaaagiii
aku pesan la "ABAH JGN TIDOQ! Ingat tau BANGI! BANGI!"

dah naik elokkk, dlm kol 11 camtu dh nk sampai bangi..
before bangi ann station UKM dlu..
aku dh dpt rasakan something..
aku ajak fiqah "Jom pi cari abah nak? k are takot abah tidoq arrhh"
fiqah like "xyah arhh"
aku pon ermmm okeyy
time tu kredit aku ade RM0.02 je auu!
aku text arr abah "abah!! dah nk sampai bangiii! jangan tidoqqq!!"
and ofcoz la aku tau klau setakat msj tu klau abah tido, mne nk perasan ann~

BANGI!

aku dgn fiqah turun arhh..
kitorg tunggu dkt platform tu..
aku usha je komuter tu nk pergi~
then, aku nmpk ABAH!!!
wth!
abah in that train! bru nk bangun!
train tu dah bergerakk!!!
hell yaww mannn!!
apekesss ann drebarr kat train, anak terlepas kat sini..
erghhh!
aku nk jer marah fiqah!
aku dh agak abah tido..
pergh! dgn kredit aku xde!
dgn kredit fiqah pon xde!
public fon pon xde!!!
sial giler~
nasib baik time tu ade sorang kakak nie
baik hati pinjamkan fon
walaupun kredit dy tinggal sikit
dy kata "takpe, ade lg~ klau x cukup boleh gores"
hahaha
kitorg pon call la abah,
abah suruh call mama~
mama pulak x angkat fon!
abah plan nk minx mama amik abah kat Station Sg apetah tuu..
and they'll pick us up ann~
tp derr~
call punya call! mama xangkat!!
bila abah call kitorg balik,
abah said "mama pi beli sup~ bla bla bla"
xlama lps tu mama call
say bla bla bla diorg g amik..
actually at first mama ingat kitorg dgn abah dkt station apetah tu
I mean likeee arhhhhhgg !!
besok sekolahhh laaaa!!!
kitorg tunggu laaaa sammmmpai kol 12 lbh..

huhuuuu..

apakk sedihh..

kakak tu hero kami
haha
baru aku tau bertapa pentingnye kredit -..-'

btw, what a sinetron laaa~

Another dream

Beberapa hari yg lepas,
I had this weird dream~

Me and my family come from no where,
tetibe je aku ternmpk yaya and family dy masuk dlm umah..
Dlm mimpi tu, aku rasa tu rumah diorg la kan~
Yang bestnye,
Time kitorg masuk tu, yaya ada kembar!
Tp x seiras.. Kembar dy lagi putih and kurus..
Cuma kembar dy tu pon nme yaya jugak!
Aku xtau sape sbb aku x nmpk muka dy..

Dalam mimpi tu, aku rasa mcm laaaaaaaama sgt kitorg lepak kat umah yaya..
And bila family aku dah nk balik,
Aku ckp kat someone yg aku nak terberak! Dh x thn sgt!
Aku g la kat blkg..
Mybe tandas tu kat blkg kan~
Waktu tu parents aku dah keluar dah..
Tp
Tahhhh knp tahhh aku xjd berak~
But still aku tgh tahan auuu nk berak!

And

I heard mama's voice!

Aku terbangun dari mimpi!!
Aku terus bangkit dari katil! Grab baju yg nk dibasuh and terus jalan turun tangga..
Aku pass bju tu dekat akmal!
"Man, tolong basuh baju k are"
Aku laaaaaaaari masuk tandas!
Arrhhhhh..
Lega dpt melepas..

Dlm tandas tu la yg aku teringat aku Mimpi semua nie..
And I was like 'nasib baik aku x berak dlm mimpi td'
Hehehehehe..

#SelamatMenjawabMidYearExam

counseling

yesterday,
athirah ajak aku ponteng! heheheee

dy ajak g kaunseling..
dy nk wat ujian kerjaya..
aku pon okey jer lah..
tp aku xde masalah nk pilih kerjaya~
so aku pon teringin nak buat kena counseling yg individual tu..

bila dah isi borang semua kan~

and aku ckp la dekat cikgu tu yg aku nk wat individu.. athirah nk wat ujian kerjaya..
pastu dy ckp dkt athirah suruh athirah dtg minggu dpn bila dy ada masa..
ha ha~
aku pulak kena stay kat situ dgn counselor..
imagine! athirah yg ajak ponteng ttbe aku plak yg end up dlm bilik kaunseling tu..

aih~

aku pon citer masalah aku kat counselor ~
dy ckp nie tuu and so on~
aku dah nk nangis auu time tu! dah belinang air mata tp tak macho arr kalau aku nangis~
aku wat lek..
try sabarkan diri..
tabahkan hati..
terima cdgn yg counselor bg tu..

sbb kan~
masalah aku nie mmg tak boleh cerita dekat sape sape and mmg xde orang yg paling layak utk aku cerita..

thats why bila athirah ajak, aku onn je!
aku pon ada banyakkkkk gila masalah~
I just pick one of them dan bentangkan!
huhuuuu..

it just, bila kita ada masalah,
kita pendam,
kita xdpt nk berikan tumpuan auu dlm kelas and sometimes, benda tu mengganggu kita..
so, kena luahkan jugak..
baru rasa kurang sikit beban..
right?

the counselor said "tindakan awak betul! datang kaunseling"

:)

relay

relay ? relay tu short form for relationship!
Couple!

For me, relay tu~
dy ckp sayang kat kau,
kau ckp sayang kat dy,
sweet sweet,
trust each other,
tukar tukar cerita,
spend time together sometime.

pd aku, klau couple tu menuju kpd sebuah perkahwinan. sesi kenal kenal la~

If he threat you well NOW,
he will threat you well THEN.

and the definition of WELL tu hanya ada dalam kepala otak kau!

It just like,
klau kau couple dgn dy skrg,
dy dok minx kau belanja dy mkn,
ble dh kahwin nnt?
haha.. pikir la sendiri..

and bila couple diusia remaja nie,

people will alwayssss tease you! ha ha ha!

tapi ann~

serious arr..

dlm relay nie kau kena byk SABAR
kena accept each other kebaikkan dan kekurangan
communicate! tu yang PALING PENTING!
kalau x ckp with each other for tooooo longg, bahaya!
nnt org tu cari lain
sbb dy sendiri taktau adakah dy still in a relay..
camtu arh lbh kurang..
and
ble kau sll share things and stories,
you'll know that person better..

just make sure dy tak tipu ar..

sesetengah manusia kan ada sifat tokok tambah bila bercerita~ ha ha

and bila kita kenal org tu,
baru kita sedar dy sesuai atau tak untuk kita..
klau tak, break up je~
klau ye, stay with it!

tp kan, dlm kes aku,
aku teringin nk stay but I can't fight for it..

heheeeee..

ingat eh~ kesetiaan tu akan ada dlm diri kau bila kau saaaaayang sangat kat orang tu and bila dy dh jd macam sebahagian drpd hidup kau..
serious talk~

:)

penalty

Kejadian pd hari Khamis pagi..

Aku datang lambat ke sekolah buat kali KEDUA
sbb bangun lambat..

and then, Cikgu Faridah tanpa menyoal, terus menulis kesalahan aku di atas kad pink iaitu kad disiplin pelajar yg setiap murid ada..

ergh~

sungguh tak bertoleransi~

straight AKU DAPAT PENALTY ~
'yeyyyy' pd akhir tahun persekolahan in form5 ~

derrr~

kat semekar, 4 kali dtg lewat bru masuk bilik disiplin..
itu pon ckg akan tny dlu
"Knp awk sll dtg lewat?"
pastu ckg bg surat panggilan ibu bapa..
mak bpk dtg,
klau pelajar tu buat kesalaham yg sama lagi baru dpt PENALTY!

semuhsin tak!
kau buat salah sikit, penalty!

pastu kena rotan kat tgn..

har har..

dh bg penalty pastu rotan~ ermm..
mmg 'best' kan?

#p/s dah 4kali aku kena rotan dengan Cikgu Faridah tu selama setahun 4 bulan aku sekolah nie..
and dah 5kali aku kena rotan kat sklh ni sbb kesalahan yg kecik~
klau nk kira dgn tak siap hw tu, 6kali arr.. heheeeee..

basketball training

assalamualaikum,
hai semua!
sihat?

awak ape khabar?
saya sihat alhamdulliah.
pakwe awak ape khabar?
pakwe saya sihat alhamdulillah.

ha ha

takde kerja aku taip benda nie~ -..-

sekarang penat kottt dengan training..

sabtu training
isnin training
selasa training sendiri sendiri
rabu training
kekadang khamis dgn jumaat pon training!

ahad je free auu..
benda ikut suka hati coach je bila nk suruh kitorg training..
huhh!

nie pon aku ponteng training sendiri sendiri tu sbb HUJAN!
e h e h e h e

aku balik sekolah kannn jalan kaki~ tu pon dh basah kuyup..

sekarang nie gelap betul dekat semenyih..
time kat sekolah td pon aku tidur sbb seeeejukkk!! hehe..
cikgu tak masuk~ tido lerr..

sampai kan time cikgu ajar sejarah,
athirah panggil aku,
aku pandang arr..
athirah ckp bla bla bla pastu dy tny
"fa! kau ngantuk eh?"
aku jwb "ngantuk gak arh"
"mata kau merah arr"
hehehe

aku tak rasa pon nk tido waktu tu cuma mmg terasa ar ngantuk dy..
nadiah kat sblh aku tu ,bkn mata dy je merah! siap berair lagi!
kesiannn~ ngantuk sgt tu~

hehe..

esk aku ada training lagi kat pasar cina.

sabtu lepas ada match 3 lwn 3,
aku gi dgn nad.
fon nad kena curi siaaa dgn dak india..
tak pasal pasal je ada sorang dak india kena  babi dgn aku..
ha ha
balik tu aku maki lagi dekat twitter..
panasaran kottt!
nasib baik fon nad dah dpt balik da~  tp sim dgn memory card hilang
tu pon coach bg SD card 64GB kat dy..
huhu..
untung laaa~

aritu ann time training dgn dak rinching ley lak aku terjatuh..

aduhai~
dah jatuh tu teruskan lagi main!
sampai aku sedar yg aku sakit baru aku berhenti..
sakai kan? eheee..

bila training nie kan, dh biasa dh balik tu mesti kaki rasa sakit
macam lemak nak tukar jd otot tau tak?
habis laaa.. lepas nie badan aku berketakk ann~ ada six packs! ha ha!


paling xley blahhh cikgu bio aku tak caye aku dak basketball ~ dy kata kalau bola tampar tu dy caye la~ ye arr..

basketball for us mcm utk dak cina je..

cikgu ckp "hebatnye awak!"

ngehh ngehh ngehhh

#HUJANLEBAT
alhamdulillah dah takde jerebu..
:) 

btw, #PrayForMH370 
byebye!

mati

jumaat lepas
ada budak budak jiran nie datang beramai ramai ke rumah aku..
minx jaga kan tiga ekor anak kucing..
still tutup mata and even tali pusat diorg pon xputus lagi..
then aku sorang je yg "berbaik," hati nak tolong jagakan..
so aku letak la anak anak kucing tu dlm bilik aku..
motif? utk jauhkan diorg dari Dakhan..
kucing jantan aku..
kucing jantan ann xley dok dgn anak kucing kecik camtu sbb nnt diorg nk "mkn"..
bfore aku gi tuisyem mlm tu,
aku bg la diorg minum susu kambing..
mula mula aku try bg dekat Dakhan,
Dakham jilat sikit terus blahhhh..
klau Dakham minum air datch lady dye minum sampai habis auuu..
sabtu..
aku jaaaaaga diorg baik baik..
bg minum ape semua..
tp pg tu aku sekolah..
ptg tu aku bwk kucing kucing tu g jumpa jiran jiran aku tu 
diorg seronok ar tgok ank kucing tu ann..
ahad..
aku jaga mcm biasa..
ptg tu jiran jiran aku tu dtg.. lepak kat umah aku..
itu xley blahhh..
diorg xrespect aku langsung auuu..
-..-
siap tarik tarik ank tudung aku agy..
boleh lak amik hp aku g installed game sesuka hati -..-
kuajaq..
kira mcm tunjuk belang dihari ke-2 diorg knl aku arr..
whatever~
isnin ~
pg tu aku bgun tido,
aku nk bg minum diorg..
aku amik satu satu..
tp bila sampai kat anak kucing yg last sekali, anak kucing hitam mix dgn gold + putih..
tak gerak! kaku! keras!
ohkey.. dah mati..
aku gi la sekolah.. aku ingat ble balik nnt aku tanam..
pastu ble balik..
anak kucing hitam lagi sekor tgh nazak..
aku bg la minum susu..
tp still mcm terenjat auuu!
dy dok terenjat terenjat tu tetiba xgerak dah!
aku pggil la dy!
"kucing... kucingggg.. bangun.. dh mati ke?"
takde respon! 'mati ar tu..'
hurm..
aku pon tanam la dua dua ekor kucing tu sekali..
so tinggal lah lagi sekor..
ptg tu aku tido bukak aircond..
sampai malam!
ble aku bangun, aku terkejut..
lamany aku bukak aircond!
aku pon g kat kucing aku tu..
ptg tu aku ltk dy kat carpet je sbb aku basuh kain kain dy tu ann..
aku pegang dy, sejukkkkk sgt!
aku ckp la, "sorry! sorry!"
aku pon selimutkan dy..
sejuk agy..
aku amik hair dryer..
aku panaskan dy..
okey la sikit..
aku pon minumkan susu utk dy..
dy pon minum and minx minx diberikan susu more and more..
aku bg je la..
selasa~
aku set jam pukul 3,4,5,6pg..
time 4pg tu aku bangun tutup alarm..
aku pelik la apasal anak kucing nie tak terbgun dgr jam loceng aku?
sllnye dy bising kalau terbgun~
aku pon tolak dye guna jari..
tak gerak.. 'dah mati kott'
aku tido balik..
kol6 aku bgun aku check lagi skli..
so mmg btol dy mati..
aku siap siap g sklh..
and now aku nk g gali kubur utk dye..
I'm so sorry make "him/her" suffer yesterday..

Mesyuarat Agung

jeng jeng jeng!

Masyurat Agung kokurikulum..
koko nie terbahagi kepada 3

* kelab dan persatuan
* permainan
* unit beruniform

aku masuk persatuan Bahasa Melayu,
permainan Bola Keranjang ofcoz!
and unit beruniform Kadet Polis!
aku setia dgn kadet polis aku.. hehehehehe..

well~ korang kan tahu cikgu selalu akan target jwtn dekat Form5 kan?
katanya nk bg markah koko dekat Form5~ whatever~

My Story

.. Mesyuarat Agung Persatuan Bahasa Melayu ..

actually, aku tercampak jer kat Persatuan BM nie sbb Persatuan BI dah full..

huhuhu.. aku tak interest langsung dgn BM..
but anyway~
Cikgu Maizatul, cikgu BM aku yg jd ketua persatuan tu..

memey nama aku kena tarik arhh time nk pilih AJK

cikgu nie kira pilih kasih gak arhh~
dye tarik dak kelas sains jer..
3 org ; aku, Nadiah, Ain

time nk undi,
cikgu sebut nma aku dlu..
aku diri arh! terkejut siakk!
boleh kena heart attact auuu..

pastu kekwn aku suruh aku lambai kat ahli ahli lain..
aku lambai ala ala aku tu larr..
buat segan je..

pastu cikgu panggil ain dgn nad..
and sorang lagi laki, amin nme dye..

aku dpt lbh kurang 40 undi camtu arh~
aku pon pelik cane ley tinggi sgt..
pdhl dak dak kat situ aku xknl pon..
aku knl Syifiqah Evince je..
mejority kott yg angkat tgn tok aku..
erkk..

pastu ain, nad, amin..
ain jd setiausaha.. nad jd bendahari... amin jd naik pengerusi.. aku jd pengerusi..
awkward gak arh..
bila ckg ckp "amin, nnt awak handle perjumpaan lain dgn syifa.."
me : "aduh! scandal lagi~"
Ha Ha Ha!

.. Permainan Bola Keranjang ..

raaaaaamai dak cina~ like always~ cikgu pon cikgu cina~
then, cikgu suruh dak yg prnh jd wakil sekolah berdii kat dpn..
cikgu nk wat undian for jwtn jwtn tu..

aku malas auu nk diri tp hazamee dah pandang aku..

dye ckp, gi la syifa..
aku pon diri lahh~
aku dgn semua dak cina annnn..

time nk undi, dak melayu je angkat tgn tok aku..
sikitttttt je!
sadissss tol.. aku jdlah bendaharinyaaaa~
haha..

..Unit Beruniform Kadet Polis...

Cikgu Tasnimmmmm!!!
aku tak bape suka sgt dgn ckg tu..
dy byk ckp and dy sll handle kadet polis yg peringkat daerah je..
yg perjumpaan semua ckg saralah yg handle..

so, dy taktau pape pon psl nk pilih pilih ni annn tp dy nk kongker gak.. -..-
kesian aku tgok ckg saralah..

ckg suruh volunteer sape nk jd AJK kena tulis nama..

dak yg sekeliling aku suruh aku tulis nama..
diorg nk aku jd pengerusi..
bak kata diorg, aku rajin dtg..
bg aku, bkn aku yg rajin tp diorg yg xnk dtg~ kannn??

aku pon tulis la nama..
pastu cikgu tasnim asyik target kat azura..
ye larhhh azura kan sll aktif dlm kelas dy thn lps~ ckg tasnim nie ajar sejarah thn lps dgn kitorg..
nasib baik thn nie dpt ckg lain..
haha..

then, cikgu tasnim nk cari komander..
cikgu tarik azura..
pastu azura tarik aku..
aku tarik raihan..
hahahahahahahahaha!!

dah nk habis perjumpaan baru cikgu suruh kitorg koman..
time aku okey jer ann..
diorg kata aku koman mcm polis -,-'
ehhhh~

pape ponn~ kitorg semua xtau sape pengerusi, naib, and ape smua tu..
kecuali ! setiausaha.. dpt kat azura!
haha..

ble aku masuk kelas, semua tny aku..
kau pengerusi kadet polis eh syifa?
aku jwb arhh.. aku pon xtau sape pengerusi..
diorg semua syak aku jd pengerusi..
aku okey jer klau ckg nk bg~
aku terima dgn hati yg terbuka!
rezeki jangan ditolak.. kahkahkah..

Rumah Sukan Kuning!

aku tak jd pape~ sbb jwtn diberikan kpd atlet.. and aku bkn atlet.. ;) Mastura dapat majority undi kowttt! india cina melayu semua sokong dye!

aku tabik arhh!!

k k k .. tu je story aku..

bye!!! sayonara!!
assalamualaikum..

reality vs. novels

     Pada pendapat saya, hehehehhhhhh..
mcm nk jawab exam pulak..

Bagi aku lah kannnn~ aku kan sll gak baca novel.. tengok drama korea~ aku rasa semua yg kita dok baca and tengok nie cuma 15% jer did happened in reality..

cth : dpt suami korporat?
ape lagi? sweet gila babenggg?
pandai masak? mata hazel ape benda tah..

hurmmmm.. mmg semua tu ada in real life tp tak semua org punya life mcm tu..

ada jugak yg jd anak penagih, last sekali kena bunuh.. just bcoz of parent's yg xreti uruskan hidup..
ade yg gadoh sampai bunuh bunuh.. what happen to their family?
mesti susah.. ntah-2 ade yg tak cukup makan anak bini..

ape cer dgn laki panas baran?
hahahahaha! ramai weyhhh laki panas baran zaman skrg~
yg kedekut lagi~
anak-anak mkn pon mak yg tggung..
mna si ayah?
ntah~

see!!

hidup dalam dunia nie bknnye mcm nk tulis kisah hidup dlm novel..

novel boleh wat sampai ke Stamford! sambung pengajian di Australia or whatever it is..
in real life? mmg ade! tp tak ramai~

sbb tu orang yg sll baca novel nie always dianggap mcm nk lari dari dunia reality.. or mendambakan kisah kisah dlm novel nie..
indeed it is a good thing to read, to learn, and to improve ur imagination~

tp jangan lah frust klau tak dapat ape yg korang bayangkan utk terjadi dlm hidup korang..



siyot ahh..

16th January 2014

kesiyotan bermula apabila mendapat duit seratus ringgit dari sekolah..

aku balik snap gambar.. like always~

aku masukkan dlm instagram.. like always~
share masuk fb sekali.. like always~

tp kali nie aku saje nk masukkan gmbr tu dlm group KB97, aku just nk tny je diorg dh dpt duit seratus tu ke belum..

lepas beberapa komen, aku tertido ..

bangun jer!

bukak fb! berderet komen!

ada pasal politik laaaa.. ada yg ckp aku menunjuk laaaaa.. ada yg kritik laaaa..
ada jugak yg jwb soalan aku tu.. ha!

time tu aku xrasa benda tu boleh diperbesarkan~
takpe la..

then, td aku bukak fb..

terbaca budak basketball share satu page nie yg ada gmbr aku di screen snap from KB97..
pastu akif pon ade chat dgn aku..

diorg kata aku femes! -,-'

I was like, what the erkk?!

cane ley sampai ada org post masuk page nie?
siyot~
nie dah parah~
kat page tu pulak ramai yg mempertikaikan komen from KB97 tu and
SEMUA politik!

kau tahu kan bertapa aku tak suka campur hal politik?

and tetiba gambar aku tunjuk seratus ringgit bersama soalan "aku dah dapat, korang bila lagi?" menjadi punca politician?!

Haaaaaaaaa?!!!

kenapa lah pemikiran mereka terlalu serious~
hurmm..

nasib baik akif tolong delete gmbr tu.. klau x, bertambah lah dosa aku..
sbb menjadi punca gosip politik nie..
kangkung la~
illuminati la~
BN la~

sumpah tak style~

now, dak sekolah aku pon dah baca..
even dak Form4 semekar pon tau annn..
hurmmmm..

nasib baik esok tak sekolah~ cuti 3 hari~
harap diorg lupa..
harap benda nie kejap jer..
harap camtu la~

lain kali aku tak nak lagi masukkan gambar dlm group KB97 tu!!
fedappppp~ insaf dah~

10-01-14

being a form 5 student is so tiring~
most everyday bangun awal, study..
on weekends jer boleh lepak tengok wayang, tido sampai kol 3 ptg, hehehehehe..
tp weekend only  2 days and yg kena bangun awal tu 5 days!

huhhh.. I'm doing this because I don't wanna lose my parent's trust..
study cuz' I don't wanna fail..
they hve sacrifice a lot for me..
imagine with all those tuition and school uniform..
bukan murah keyy~
dengan usaha diorg drive aku gi tuisyen,
penat balik kerja dah kena hantar anak..
penat tau!

so, apelah sangat klau nk dibandingkan dengan apa yg aku buat sekarang..

tapi aku pon tak sure bape lama aku boleh bertahan dgn hw nie..
haha!
aku bukannye rajin sangat bab nie.. xP

baru seminggu sekolah aku dah mengeluh..
haihhhh..
bye!
btw, good morning!
5.52am

be happy!!
gO Lucky..