bukan kehendak bukan kerelaan hati
tak dijangka tak juga dimiliki
bukan tujuan bukan pengakhiran
tak digapai tak mungkin kecapi
aku tertanya
apakah ini hanya ilusi
kerana aku masih disini
mencari impian dan mimpi?
selamanyakah begini
sehingga tiada tinggal apa lagi
apakah aku akan merestui
apa yang akan terjadi?
kesedaranku hilang
kesunyianku mendatang
siapakah yang harus dipersalahkan?
adakah diriku sendiri?
seakan terlihat bayangan
sedangkan ini bukan yg kuimpikan
berdirinya aku
melihat diriku sendiri memusnahkan impian
No comments:
Post a Comment