Istiqharah

For the first time aku buat solat istiqharah cuz' ade something yang aku tak sure and hanya berbekalkan buku panduan yang Izzati bagi waktu Form 3 dlu
haha thanks kawan

Doa selepas solat dy ceni

Ya Allah aku memohon supaya Engkau memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.
Aku memohon Engkau memberikan kepastian dan ketentuan-Mu 
dan aku memohon dengan kemurahan Engkau yang Agung,
kerana sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa,
sedang aku tidak tahu dan Engkaulah yang Amat Mengetahui segala yang tersembunyi.
Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa hal ini baik bagiku dalam agama dan kehidupanku
dan elok akibatnya kepadaku mudahkanlah ia bagiku
dan kemudian berikanlah keberkatan bagiku di dalamnya,
Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik bagiku dalam agama dan kehidupanku
dan tidak elok akibatnya kepadaku maka jauhkanlah hal ini daripadaku,
dan jauhkanlah aku daripadanya.
Berikanlah kebaikan di mana sahaja aku berada, kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas Anugerah-Mu
 

No comments:

be happy!!
gO Lucky..