Mahu ditulis. Mahu diluahkan.
Tapi satu perkataan pun tak dapat dimuntahkan
Apakah maksudnya Tuhan?
Semua memori bagai diimbas kembali
Apa yang pasti, semuanya tiada lagi
Haruskah ku alami buat kedua kali?
Apa yang perlu ku lakukan untuk kali ini?
Sehingga sampai satu saat
Aku rebah, aku hilang daru realiti
Sementara ku berfikir salah silap
Aku terpaku dipanah kata hamba-Mu
Adilkah Tuhan ku rasakan ini?
Dugaan yang Kau berikan aku tahan
Hanya pada-Mu aku merintih kesedihan
Kerana Engkau yang Maha Mengetahui jalan cerita ku sampai mati.
- 22 January 2015
No comments:
Post a Comment