10 Mei
Waktu Rehat (10.45am-11.05am)
Aku berjalan menuju ke arah Hazim.
"beb! nak lepak mana hari
nie?"
"kita lepak dekat mid,
jom?!"
"gua ON jer~". Dengan
membawa beg bersama, kami memboloskan diri dari sekolah.
Bestfriends forever lah
katakan. haha.
Zaman remaja perlu dinikmati
sepenuhnya! Pelajar yang baru sahaja memasuki Form
4 sering dianggap
sebagai honeymoon oleh pelajar Tingkatan 4.
memang tak lah kan? haha.
Fly memang salah satu
rutin yang kami selalu lakukan. Sampai sekarang masih lagi belum tertangkap dek
cikgu disiplin. Alhamdulillah!
Walaupun tak tertangkap, kami masih
berhati-hati. Kami akan pulang ke hostel sebelum aktiviti riadah bermula.
Berjalan ke stesen komuter dan
menukar pakaian di sana.
Aku
memandang di sebelah kiri dan kananku dengan harapan tiada siapa yang menyedari
kehadiran kami sebagai pelajar sekolah.
Tiba-tiba
aku terlihat sebuah kelibat yang kelihatan seperti arwah ibuku, memandang
dengan penuh hiba.
Mungkin
sedih melihat kelakuan aku. Tapi ibu telah meninggal dunia bukan?
Tidak
mungkin ibu masih hidup di dunia ini kerana aku sendiri yang memandikan jenazah
ibu.
Kematian
ibu menyebabkan ayah sentiasa menyendiri. Aku yang terpaksa menggalas
tanggungjawab menjaga adik-adikku yang masih bersekolah.
“beb! Hari
ni birthday kau kan?” Tersentap mendengar
teguran Hazim.
“Kau jangan
jerit! Terkejut aku.. Iye lah.. aku terlupa pulak.. hihi.. kau nak bagi hadiah
ke?”
“Aku
belanja kau makan hari nie..”
“Wah,
terima kasih! Ni yang aku sayang kau ni!”
Kami pun
berlalu menaiki komuter.
12 Mei
3.34 pagi
Hostel
Terkebil-kebil
aku membuka mata apabila Insyirah mengejutkan aku.
“Kenapa
ni?”
“Alisha,
tolong temankan Syirah pi bilikyaq” berloghat Kedah.
“ha?
Tandas?”
“hmm.. Tak
tahan nak terkencing ni..”
“okey..okey..”
Aku pun
membontoti Insyirah. Tandas yang berada di blok berbeza itu yang membuatkan
Insyirah ketakutan untuk pergi seorang diri. Koridor sering kelihatan gelap dan
hanya diterangi oleh cahaya bulan sahaja. Aku melihat bibir Insyirah terkumat-kamit menuturkan sesuatu. Bertasbih mungkin?
Dari
jauh, aku melihat ‘seseorang’ berpakaian sekolah dan bertudung tetapi kakinya
tempang, memerhatikan ke arah kami.
Aku
terfikir, siapakah yang akan merayau di tengah malam ini?
“Syirah,
nampak tak apa yang Alisha nampak?”
“Nampak
apa? Takdak apa-apa pun. Alisha, hang takutkan Syirah..”
“eh! Tak
ada apa lah.”
Hmmm..
nampaknya, aku seorang saja yang boleh nampak ‘dia’.
On the way balik dari
tandas juga aku melihat ‘dia’ masih lagi memerhatikan kami di tempat yang sama.
Aku mengendahkannya kerana perasaan mengantuk lebih menguasai diri.
Setiba di
hostel, aku terus merebahkan badan di
atas katil. Memikirkan tentang ‘dia’ dan terus tertidur.
2 comments:
Good..interesting jugak ek..penah buat ke? Fly...?
hahaha.. mana pernah.. dengar cerita jer..
Post a Comment