Pemilik Beg Kuning Part I


10 Mei
Waktu Rehat (10.45am-11.05am)

Aku berjalan menuju ke arah Hazim.
"beb! nak lepak mana hari nie?"
"kita lepak dekat mid, jom?!"
"gua ON jer~". Dengan membawa beg bersama, kami memboloskan diri dari sekolah.
 Bestfriends forever lah katakan. haha. 
Zaman remaja perlu dinikmati sepenuhnya! Pelajar yang baru sahaja memasuki Form 4 sering dianggap sebagai honeymoon oleh pelajar Tingkatan 4.
memang tak lah kan? haha.
Fly memang salah satu rutin yang kami selalu lakukan. Sampai sekarang masih lagi belum tertangkap dek cikgu disiplin. Alhamdulillah! 
Walaupun tak tertangkap, kami masih berhati-hati. Kami akan pulang ke hostel sebelum aktiviti riadah bermula.

Berjalan ke stesen komuter dan menukar pakaian di sana.
Aku memandang di sebelah kiri dan kananku dengan harapan tiada siapa yang menyedari kehadiran kami sebagai pelajar sekolah.
Tiba-tiba aku terlihat sebuah kelibat yang kelihatan seperti arwah ibuku, memandang dengan penuh hiba.
Mungkin sedih melihat kelakuan aku. Tapi ibu telah meninggal dunia bukan?
Tidak mungkin ibu masih hidup di dunia ini kerana aku sendiri yang memandikan jenazah ibu.
Kematian ibu menyebabkan ayah sentiasa menyendiri. Aku yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga adik-adikku yang masih bersekolah.
“beb! Hari ni birthday kau kan?”  Tersentap mendengar teguran Hazim.
“Kau jangan jerit! Terkejut aku.. Iye lah.. aku terlupa pulak.. hihi.. kau nak bagi hadiah ke?”
“Aku belanja kau makan hari nie..”
“Wah, terima kasih! Ni yang aku sayang kau ni!”
Kami pun berlalu menaiki komuter.




12 Mei
3.34 pagi
Hostel

Terkebil-kebil aku membuka mata apabila Insyirah mengejutkan aku.
“Kenapa ni?”
“Alisha, tolong temankan Syirah pi bilikyaq”  berloghat Kedah.
“ha? Tandas?”
“hmm.. Tak tahan nak terkencing ni..”
“okey..okey..”
Aku pun membontoti Insyirah. Tandas yang berada di blok berbeza itu yang membuatkan Insyirah ketakutan untuk pergi seorang diri. Koridor sering kelihatan gelap dan hanya diterangi oleh cahaya bulan sahaja. Aku melihat bibir Insyirah terkumat-kamit menuturkan sesuatu. Bertasbih mungkin?

Dari jauh, aku melihat ‘seseorang’ berpakaian sekolah dan bertudung tetapi kakinya tempang, memerhatikan ke arah kami.
Aku terfikir, siapakah yang akan merayau di tengah malam ini?
“Syirah, nampak tak apa yang Alisha nampak?”
“Nampak apa? Takdak apa-apa pun. Alisha, hang takutkan Syirah..”
“eh! Tak ada apa lah.”
Hmmm.. nampaknya, aku seorang saja yang boleh nampak ‘dia’.
On the way balik dari tandas juga aku melihat ‘dia’ masih lagi memerhatikan kami di tempat yang sama. Aku mengendahkannya kerana perasaan mengantuk lebih menguasai diri.
Setiba di hostel, aku terus merebahkan badan di atas katil. Memikirkan tentang ‘dia’ dan terus tertidur.




2 comments:

YusmabtYusof said...

Good..interesting jugak ek..penah buat ke? Fly...?

Ohk_are said...

hahaha.. mana pernah.. dengar cerita jer..

be happy!!
gO Lucky..