REJAM LEMBING !

 kesiyotan bermula ..


bila budak 


try..


-,-

kehkehkehkeh..

no laaa..

aku kan budak lompat jauh, lompat tinggi, 
mana lah aku pandai main rejam lembing, lontar peluru..
not my thing! 

hahaha.. 

akan tetapi, 

kita kena try semua jenis sukan kan?

so, tadi ..

dengan 2 orang pelajar perempuan, 
bersama 5 orang pelajar lelaki..
rumah sukan KUNING..
buat la latihan rumah sukan,
yang aku nie dah la kejap datang, kejap tak datang..
tadi cikgu suruh main rejam lembing and lontar peluru..

bersama seorang "couch" yang selalu pegang pingat emas
dalam lumba lari, rejam lembik and so on,
dia yang ajar 6 orang nie ann..
termasuk aku..

gua yang JARANG pegang lembing nie,
cuba bayangkan IZZATI ISZAN main mcm thn lepas,
dapat tempat pertama..
entah macam mana dia rejam pun aku taktau..

so, "couch" nie ajar lah budak laki dulu..
yang puteri nie duduk tepi..
tengok dlu..
lepas putera dah habis main,
giliran puteri pulak..
time tu Mas dok segan-segan..
aku nie dah tak sabar-sabar nak main!
aku ambik la lembing tu..
try rejam..
HANCUSSSS!! 
flat je dy terbang..
dekat pulak tu! 
takpe, aku try lagi..

kali nie "couch" tu tengok,
dy pun bagi la teknik-teknik dy..
aku tiru je lah..
then, PACAK ! 
kahkahkah! 
tapi aku try dekat je..
tak sampai 2 kaki pun lembing tu terbang..
-,-
hahahahaha!
bila "couch" suruh buat jauh sikit, 
FLAT balik..

"couch" pun tunjuk teknik dy tu dengan memegang lembing yg aku pegang tu..
weyyy, satu lembing dua orang pegang!
aku rasa macam tergamam sikit..
dah la "couch" tu budak sukan,
you know, 
bila budak sukan mesti tough annn?
mmg tough siaaaa..
huh, tergugat sebentar..
hahahahahahahaahhahaha!
sengal! 
okey, aku pun try lagi.. 
OH MAN! FLAT!
haha..
try and try and try.. sampai bosan..

lepas tu main lontar peluru pulak..
itu main sendiri ahh..
aku tengok tak sampai 5 kaki pun benda pelanting..
berat lak tu!

aku main sat ja benda tu..

lepas tu kawan aku ajak main softball..
aku okey jaa..

ya laaa, time darjah 4 dulu aku kan pernah wakil sekolah
dalam softball...
so, I think, it can't be so hard..
right?
sekali kau!
bola asyik terlepas je..

in the end, aku buat conclusion..
"aku dah takdak bakat dalam softball"
okey, just accept the fact..
aku sekarang budak basketball annn?
dah la time aku nak pi kejaq bola,
aku terdengar ada sorang budak laki cakap dgn kwn dy
dy kata..
"tak kan budak basketball tak boleh main softball kot?"
aku terasa siaaa..
aku tak tau dia ckp pasal sapa..
tapi aku terasa lah sbb aku kan budak basketball..
okey!

hmmm..
so, aku dah malas nak cerita panjang-panjang..
sakit hati..
dah la, bila aku tak pakai cermin mata tadi,
boleh pulak ramai laki yang usik aku..
panggil aku 
"awek! awek!",
"awak! awak!",
"wey, wey",
"pewiitttt!"
EH,  AKU ADA NAMA LA WEYHHH!

aku benci betul..
bila nmpk budak comel sikit ja, usik..
kalau aku pakai cermin mata,
takdak pulak yang nk usik aku..
nmpk tak permainan dia?
hahaha!
boys~


I'm working

I'm working?

hah?! seriously.. 
hari nie aku ikut maksu pergi kerja..
terjumpa bos maksu..
dy tanya "part-time job ke?"
aku nie dah la bawah umo agy,
nak part time job ke bendanyer??
haha.. 
duduk dalam ofis nie dari pukul 9 pagi 
sampai pukul 6 petang..
semua orang dekat sini cuma habiskan masa 
bersama laptop je!
tekan!  tekan!  tekan!
entah apa depa buat pon tak tau la..
aku pon tekan gak tapi lepas lunch,
aku layan korea..
sakit kepala kalau duk edit ja..
tak tipu..
hmm..
baru aku merasa bagaimana
berkerja di pejabat animasi..
hahahaha..
lagak sangat nak belajaq ICT..
tapi !!
pergh, sakit mata-otak-mata-otak-otak-otak!


  

Pemilik Beg Kuning Part I


10 Mei
Waktu Rehat (10.45am-11.05am)

Aku berjalan menuju ke arah Hazim.
"beb! nak lepak mana hari nie?"
"kita lepak dekat mid, jom?!"
"gua ON jer~". Dengan membawa beg bersama, kami memboloskan diri dari sekolah.
 Bestfriends forever lah katakan. haha. 
Zaman remaja perlu dinikmati sepenuhnya! Pelajar yang baru sahaja memasuki Form 4 sering dianggap sebagai honeymoon oleh pelajar Tingkatan 4.
memang tak lah kan? haha.
Fly memang salah satu rutin yang kami selalu lakukan. Sampai sekarang masih lagi belum tertangkap dek cikgu disiplin. Alhamdulillah! 
Walaupun tak tertangkap, kami masih berhati-hati. Kami akan pulang ke hostel sebelum aktiviti riadah bermula.

Berjalan ke stesen komuter dan menukar pakaian di sana.
Aku memandang di sebelah kiri dan kananku dengan harapan tiada siapa yang menyedari kehadiran kami sebagai pelajar sekolah.
Tiba-tiba aku terlihat sebuah kelibat yang kelihatan seperti arwah ibuku, memandang dengan penuh hiba.
Mungkin sedih melihat kelakuan aku. Tapi ibu telah meninggal dunia bukan?
Tidak mungkin ibu masih hidup di dunia ini kerana aku sendiri yang memandikan jenazah ibu.
Kematian ibu menyebabkan ayah sentiasa menyendiri. Aku yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga adik-adikku yang masih bersekolah.
“beb! Hari ni birthday kau kan?”  Tersentap mendengar teguran Hazim.
“Kau jangan jerit! Terkejut aku.. Iye lah.. aku terlupa pulak.. hihi.. kau nak bagi hadiah ke?”
“Aku belanja kau makan hari nie..”
“Wah, terima kasih! Ni yang aku sayang kau ni!”
Kami pun berlalu menaiki komuter.




12 Mei
3.34 pagi
Hostel

Terkebil-kebil aku membuka mata apabila Insyirah mengejutkan aku.
“Kenapa ni?”
“Alisha, tolong temankan Syirah pi bilikyaq”  berloghat Kedah.
“ha? Tandas?”
“hmm.. Tak tahan nak terkencing ni..”
“okey..okey..”
Aku pun membontoti Insyirah. Tandas yang berada di blok berbeza itu yang membuatkan Insyirah ketakutan untuk pergi seorang diri. Koridor sering kelihatan gelap dan hanya diterangi oleh cahaya bulan sahaja. Aku melihat bibir Insyirah terkumat-kamit menuturkan sesuatu. Bertasbih mungkin?

Dari jauh, aku melihat ‘seseorang’ berpakaian sekolah dan bertudung tetapi kakinya tempang, memerhatikan ke arah kami.
Aku terfikir, siapakah yang akan merayau di tengah malam ini?
“Syirah, nampak tak apa yang Alisha nampak?”
“Nampak apa? Takdak apa-apa pun. Alisha, hang takutkan Syirah..”
“eh! Tak ada apa lah.”
Hmmm.. nampaknya, aku seorang saja yang boleh nampak ‘dia’.
On the way balik dari tandas juga aku melihat ‘dia’ masih lagi memerhatikan kami di tempat yang sama. Aku mengendahkannya kerana perasaan mengantuk lebih menguasai diri.
Setiba di hostel, aku terus merebahkan badan di atas katil. Memikirkan tentang ‘dia’ dan terus tertidur.




be happy!!
gO Lucky..