Jika engkau

Jika engkau faham maksud dunia
Engkau tidak akan menentangnya
Jika engkau faham maksud usia
Engkau tidak akan mensia-siakan masa

Jika engkau faham erti susah
Engkau tidak akan lupa menghargainya
Jika engkau faham erti harapan
Engkau tidak akan berani memijaknya

Jika engkau faham ungkapan cinta
Engkau tidak akan mempergunakannya
Jika engkau faham ungkapan rindu
Engkau tidak akan biarkan masa berlalu

Jika engkau faham apa maksud-ku
Engkau tidak akan menjadi seperti aku
He he..

sungguh

sungguh

meletak Kau sebagai keutamaan
itu satu tujuan
tetapi hasutan yang menganggu
itu satu halangan

sungguh

demi Kau aku lawan jua
apa yang dibisik
aku pekakkan telinga
apa yang ditunjuk
aku pejamkan mata

sungguh

aku mencuba
memperbaiki diriku sendiri
aku menjaga
memperkasakan apa yang ada

sungguh

aku ingin
aku hendak
menjadikan Allah prioritiku
menjadikan Rasul idolaku

penjara

tiap hari tak kan sama
jika hari masih kan ada
apakah kita mahu mengubahnya
atau mungkin juga yang ada menyesalinya

manusia kini hidup pancaroba
jenayah kini menjadi sasaran
masihkan ada peluang tuk berubah
atau hanya tinggal penjara

jika bukan kita yang menyedari
apakah ada yang mengerti
hebatnya dunia masa kini
tapi masih terasa hilangnya erti

peluang yang mendatang
bukan untuk ditendang
tetapi untuk kegunaan masa akan datang
jangan kita ambil ringan untuk memandang

be happy!!
gO Lucky..